coway

Coway Agihkan Bantuan

Coway Malaysia sumbang Bantuan Makanan Kepada Golongan B40

Pada sepanjang PKP di Malaysia beberpa bulan yang lalu,  Coway mengambil berat tentang krisis pandemik COVID-19 mencabar dari segenap sudut

bukan sahaja mempengaruhi kesihatan awam, malah kesejahteraan sosioekonomi.

coway

Ramai kehilangan sumber pendapatan dan kini hidup dalam kesusahan serta dibelenggu kemiskinan.

Justeru, Coway Malaysia tampil menyumbang sejumlah RM400,000 kepada Program Bantuan Bakul Makanan MERCY Malaysia dan badan kerajaan

seperti jabatan kebajikan masyarakat (JKM) bagi menyampaikan bekalan makanan asas kepada komuniti memerlukan dan terjejas akibat pandemik COVID-19.

Inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini adalah sebahagian daripada komitmen Coway untuk berdiri teguh seiring

dengan rakyat Malaysia dalam menghadapi pandemik.coway

Setiap pek makanan mengandungi barang makanan keperluan termasuk beras, minyak masak, sardin, minuman malt dan tepung.

Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi Ki Ryong, berkata Coway bertanggungjawab membantu golongan memerlukan

dan percaya segala bentuk bantuan sama ada kecil atau besar mampu memberikan kesan yang positif untuk kesejahteraan masyarakat serta negara.

“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan MERCY Malaysia bagi membantu menyediakan bekalan makanan asas kepada mereka yang memerlukan.

“Kerjasama ini juga sejajar dengan kempen ‘We Stand As One’ kami, yang menunjukkan sokongan kami kepada orang ramai dalam menghadapi cabaran hari ini,” kata Choi.

Selain itu banyak bantuan dari kerajaan malaysia juga diterima sebagai tindakan meringankan beban rakyat seperti bantuan kewangan dari Kemnterian Kewangan Malaysia (MOF)

seperti GKP ONE OFF RM1000, BPN RM500 setiap keluarga dan banyak lagi.

Sejak Ogos, Coway Malaysia telah berganding bahu dengan MERCY Malaysia menyampaikan kira-kira 3,113 pek makanan kepada individu

dan keluarga di Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Johor, Melaka, Sabah, Perak, dan Pulau Pinang.

Pek makanan selebihnya akan diagihkan sepanjang bulan September dan akan meliputi negeri lain seperti Terengganu dan Sarawak.

Pengurus Besar, Bahagian Operasi Program, MERCY Malaysia, Mohammad Said Alhudzari Ibrahim, berkata sejak Mac 2020,

MERCY Malaysia telah memberikan bantuan melalui pelbagai kaedah, salah satunya adalah bantuan makanan.

“Kami menghargai sokongan Coway Malaysia dan percaya bahawa kami perlu berganding bahu

dan menyokong satu sama lain untuk mengharungi cabaran ini seiringan,”katanya.

sumber rujukan : berita harian malaysia

 

Leave a Reply